Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 16 April 2010

Soal jawab facebook: photo & tagging yang mengundang dosa


K
etika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.


Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.



Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.



Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.



Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.



Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.



Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.



Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.


sumber :


http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/ Read More..

Doa Berlindung Dari Kezaliman Penguasa


Doa Berlindung Dari Kezaliman Penguasa


قال أبو عثمان : فانصح للسلطان و أكثر له من الدعاء بالصلاح و الرشاد بالقول و العمل و الحكم فإنهم إذا صلحوا صلح العباد بصلاحهم و إياك أن تدعو عليهم باللعنة فيزدادوا شرا و يزداد البلاء على المسلمين و لكن ادع لهم بالتوبة فيتركة الشر فيرتفع البلاء عن المؤمنين

Terjemahan: Abu Utsman berkata: “Nasihatilah penguasa, perbanyakkan mendo’akan dengan kebaikan dan kebenaran bagi mereka dengan ucapan, perbuatan dan hukum. Kerana apabila mereka baik, rakyat akan baik. Janganlah kamu mendo’akan keburukkan dan laknat bagi penguasa, kerana keburukkan mereka akan bertambah dan bertambah pula musibah bagi umat Islam. Do’akanlah mereka supaya bertaubat dan meninggalkan keburukkan sehingga musibah hilang dari orang-orang beriman.” (Rujuk: al-Baihaqi, Su’abul Iman, 6/26, penjelasan hadis no. 7401)

Berikut disertakan doa apabila merasa bimbang terhadap penguasa yang zalim:

عن عبد الله بن مسعود: إذا كان على أحدكم إمام يخاف تغطرسه، أو ظلمه، فليقل: اللهم رب السماوات السبع ورب العرش العظيم، كن لي جاراً من فلان بن فلان وأحزابه من خلائقك؛ أن يفرط علي أحد منهم، أو يطغى، عز جارك، وجل ثناؤك، ولا إله إلا أنت

Terjemahan: Apabila salah seorang dari kamu takut kepada kezaliman seseorang imam (penguasa), atau akan ketidakadilannya, maka katakanlah (berdoa):

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، كُنْ لِيْ جَارًا مِنْ فُلاَنٍ بْنِ فُلاَنٍ، وَأَحْزَابِهِ مِنْ خَلاَئِقِكَ، أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَطْغَى، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksud Doa: Ya Allah, Tuhan penguasa tujuh langit, Tuhan Penguasa ‘Arsy yang agung. Engkau lindungilah diriku dari Fulan bin Fulan, dan para kelompoknya dari makhluk-Mu. Jangan ada seorang pun dari mereka yang menyakitiku atau melampaui batas terhadapku. Perlindungan dari-Mu sangat kuat, dan puji-pujian bagi-Mu sangat agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau.

Hadis Riwayat al-Bukhari. Rujuk: Shohih Adabul Mufrad, 1/257, no. 264.

باب الدعاء إذا خاف السلطان

Bab: Apabila rasa takut kepada sultan (Penguasa).

Pilihlah Jalan Ketaqwaan dan Jangan Memilih Jalan Kefasikan, Nescaya Allah Akan Mensucikan Jiwamu Dan Dibersihkan Dari Kekotoran


Pilihlah Jalan Ketaqwaan dan Jangan Memilih Jalan Kefasikan, Nescaya Allah Akan Mensucikan Jiwamu Dan Dibersihkan Dari Kekotoran

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10

Allah berfirman (maksudnya):"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)

Ibnu Kathir menafsirkan firman Allah swt dalam ayat ini (maksudnya):"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya",yakni memberi penjelasan kepada jiwa itu,mana jalan menuju kejahatan dan mana jalan menuju ketaqwaan. Maksudnya,Allah menampakkan hal itu kepada jiwa tersebut dan memudahkannya kepada apa yang telah Dia tetapkan untuknya.

Ibnu 'Abbas menafsirkan ayat,"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya" yakni Allah menjelaskan kepada jiwa itu tentang kebaikan dan kejahatan (Ath-Thabari(XXIV/454). Juga Mujahid, Qatadah, adh-Dhahhak dan ats-Tsauri, menafsirkannya demikian (Ath-Thabari(XXIV/455).

Sa'id bin Jubair berkata,"Maksudnya Allah mengilhamkan kepada jiwa itu,kebaikan dan kejahatan." Ibnu Zaid berkata,"Allah menanamkan kejahatan dan ketaqwaan didalam jiwa" (Ath-Thabari(XXIV/455).

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abul Aswad ad-Daili, ia berkata; "Imran bin Hushain bertanya kepadaku,'Menurutmu apa (makna) perbuatan yang dilakukan oleh manusia?Sementara mereka berusaha keras melakukannya.Apakah perbuatan itu merupakan sesuatu yang telah ditetapkan atas mereka? Iaitu merupakan takdir yang mendahuluinya dan telah berlaku atas mereka?atau kah hal itu merupakan akibat disebabkan sikap mereka terhadap apa yang diberikan oleh nabi mereka kepada mereka,sementara hujah telah ditegakkan kepada mereka?'

Aku menjawab, 'Hal ini merupakan sesuatu yang telah ditetapkan (oleh Allah) atas mereka'

Ia bertanya, '(Jika demikian),bukankah hal itu suatu kezaliman (yang Allah lakukan?)

Abul Aswad berkata, "Aku sangat terkejut dengan pertanyaan tersebut"

Abul Aswad berkata, "Aku bertanya kepadanya, 'Tidak ada sesuatu pun melainkan Allah telah menciptanya dan menguasai perkaranya.Dia tidak ditanya tentang apa yang Dia perbuat,tapi mereka lah yang akan ditanya (tentang apa yang mereka perbuat)'.

'Imran berkata,'Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepadamu,Aku bertanya demikian kepadamu hnya untuk menguji pemahamanmu.Seorang laki-laki dari Muzainah atau Juhainah datang kepada Rasulullah saw lalu berkata, 'Ya Rasulullah,menurut anda,apakah segala yang dilakukan oleh manusia-dan mereka berusaha keras kepadanya-merupakan sesuatu yang telah ditetapkan atas mereka dan takdir yang telah mendahului dan berlaku atas mereka?ataukah hal itu merupakan akibat disebabkan sikap mereka terhadap apa yang diberikan oleh nabi mereka kepada mereka,sementara hujah telah ditegakkan kepada mereka?'

Beliau menjawab:

بل شيء قضي عليهم ومضى عليهم

"(Hal itu) adalah sesuatu yang telah ditetapkan (oleh Allah swt) atas mereka"

Laki-laki itu bertanya,"Lalu apa gunanya kita beramal?" Beliau menjawab:

من كان الله عز وجل خلقه لاءحدى المنزلتين يهيئه لعملها لها, وتصديق ذلك في كتاب الله عز وجل : { ونفس وما سواها . فألهمها فجورها وتقواها

"Sesiapa yang diciptakan Allah untuk salah satu dari dua tempat (Syurga atau Neraka),maka Dia mempersiapkannya untuk salah satu dari dua tempat tersebut.Hal ini sesuai dengan Firman Allah swt "Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya" (HR Ahmad no.19936, dan Muslim no.2650)

Selanjutnya Allah swt berfirman:"
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu",

Ibnu Kathir menafsirkan dengan mengatakan, "Ada kemungkinan makna nya ialah: Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya dengan ketaatan kepada Allah swt".Ini seperti yang dikatakan oleh Qatadah, "Dan ia membersihkan dirinya dari akhlak yang hina dan rendah". Pendapat seperti itu juga diriwayatkan oleh Mujahid, 'Ikrimah, dan Sa'id bin Jubair,

tentang ayat, "
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya", Ibnu Kathir menafsirkan "yakni mengotori jiwa mereka.Maksud nya mereka membiarkan dan menjerumuskan jiwanya dengan menjauhkannya dari petunjuk,sehingga ia berbuat maksiat dan tidak mentaati Allah swt"

Boleh jadi juga maknanya ialah: Sungguh beruntung orang yang disucikan jiwanya oleh Allah,dan sungguh merugi orang yang jiwanya dibiarkan kotor oleh Allah swt,Ini sebagaimana pendapat al-'Aufi dan 'Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas ra.

Ath-Thabari meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas ra,ia berkata, "Apabila Rasulullah membaca ayat ini, "
Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya" Beliau berhenti, kemudian berdo'a:

اللهم آت نفسي تقواها أنت وليها و مولاها وخير من زكاها

"Ya Allah,limpahkanlah ketaqwaan kepada jiwaku ini
.Engkaulah Pemiliknya dan perlindungnya,dYa Allah,limpahkan an Engkaulah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya" (Ath-Thabari (XI/106)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْهَرَمِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَعِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَدَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

"Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan,dari kepikunan (sangat uzur disebabkan oleh tua) dan sifat penakut,dari sifat kikir dan azab kubur.Ya Allah,limpahkanlah ketaqwaan kepada jiwaku ini.Dan sucikanlah ia.Engkaulah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya.Engkaulah pemiliknya dan pelindungnya.Ya Allah,sungguh aku berlindung kepadaMu dari hati yang tidak khusyu',dari jiwa yang tidak kenyang (dari merasa puas) dan dari ilmu yg tidak bermanfaat,serta dari do'a yang tidak dikabulkan"

Zaid berkata, "Rasulullah saw mengajarkan do'a tersebut kepada kami,dan kami pun mengajarkannya kepada kalian" (HR Ahmad no.19308 dan juga diriwayatkan oleh Muslim no.2722)

Do NOT say 'natural disaster' or 'mother nature'


Bismillaah Al-Hamdulillaah wa salatu wa salaamu 'ala rasulullaah

Amma ba'd

Shaikh Muqbil:
Attributing earthquakes, rain, lightening, thunder, Tsunami to 'nature' is Kufr!

Five years ago, student of knowledge Abul Hasan Malik Aadam Al-Akhdar (hafidhahullaah) gave a class at Masjid Rahmah, reading to the attendees from a highly beneficial book Asbaabu Zilzaal (The Reasons for Earthquakes) written by Shaikh Muqbil Ibn Haadee Al-Waadi'ee (rahimahullaah).

In light of the recent earthquake that Allaah sent to the island of Haiti, inshaAllaah there is benefit in reading the following scholarly advice:


quote:
So as for the one who tries to ascribe these matters to the nature, and he calls them 'natural disasters'... if he intends by this that the nature itself is that which is causing these matters, then he is a Kaafir, a disbeliever.

In a hadeeth Qudsi, the Prophet (sallaahu 'alayhi wa salaam) said:
He (Allaah) said: "This morning one of my slaves became a believer in Me and one a disbeliever. As for him who said: 'We have been given rain by virtue of Allaah and His mercy,' that one is a believer in Me, a disbeliever in the stars; and as for him who said: 'We have been given rain by such-and-such a star,' that one is a disbeliever in Me, a believer in the stars.' "

So Allaah has clarified here that the one who ascribes these matters - whether it be rain, lightening, thunder, the Tsunami, whatever it may be - if he attributes that to the creation, then he has disbelieved in Allaah.

If a person says, for example, in describing an earthquake that the earth begins to do this and they begin to explain the actual way that the thing takes place, then this is a scientific explanation, but we understand that it is Allaah Who caused all of that to take place. That it is all from the Might of Allaah. So he does no ascribe that matter to the nature itself.



By Brother Yasin ibn Ahmad Maher ibn Ahmad.
Sourse: http://www.salafitalk.net/st/viewmessages.cfm?Forum=8&Topic=10383


Subhanak Allaahuma wa bihamdika ash-hadu anlaa illaaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilayk

If I said anything correct, then it is from Allaah (subhanahu wa taa'ala), and if I erred, then that is from me and shaytan.

Puteriku sayang..


Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya,

"Abi, ceritakan padaku tentang wanita sejati"...

Sang ayah pun menoleh kemudian tersenyum.......

Anakku,

Seorang wanita sejati BUKANlah dilihat dari kecantikan PARAS wajahnya, MELAINKAN dari kecantikan HATI yang ada di baliknya.....

Wanita sejati BUKAN dilihat dari BENTUK TUBUHNYA yang mempesona, MELAINKAN dilihat dari sejauh mana ia MENUTUPI BENTUK TUBUHNYA.....

Wanita sejati BUKAN dilihat dari begitu BANYAKNYA kebaikan yang ia berikan, MELAINKAN dari KEIKHLASANNYA memberikan kebaikan itu......

Wanita sejati BUKAN dilihat dari seberapa INDAH LANTUNAN SUARANYA, MELAINKAN dari apa yang SERING MULUTNYA BICARAKAN....

Wanita sejati BUKAN dilihat dari keahliannya BERBAHASA, MELAINKAN dari bagaimana CARA ia BERBICARA...

Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah putrinya.
"Lantas apa lagi Abi?" sahut putrinya......

Ketahuilah putriku...

Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEBERANIANNYA dalam BERPAKAIAN, MELAINKAN sejauh mana ia berani MEMPERTAHANKAN KEHORMATANNYA.......

Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEKHAWATIRANNYA DIGODA orang di jalan, MELAINKAN KEKHAWATIRAN DIRINYAlah yang MENGUNDANG ORANG JADI TERGODA.....

Wanita sejati BUKANlah dilihat dari seberapa BANYAK dan BESARNYA UJIAN yang ia jalani, MELAINKAN sejauh mana ia MENGHADAPI UJIAN itu dengan penuh rasa SYUKUR.....

dan ingatlah...
Wanita sejati BUKAN dilihat dari SIFAT SUPELNYA DALAM BERGAUL, MELAINKAN sejauh mana ia bisa MENJAGA KEHORMATANNYA DALAM BERGAUL......


Setelah itu sang anak kembali bertanya,
"Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu Abi?"..........
Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "TELADANILAH MEREKA!"


Sang anak pun mengambil buku itu dan melihat sebuah tulisan "ISTERI-ISTERI RASULULLAH"

----

BERTUNANG bukan 'lesen' bermesraan!




Artikel ini dikarang oleh USTAZ HASSAN DIN..

Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedia-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan, "Jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang, tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangakan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah dputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas berkahwin. Insyaallah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecermelangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi Muslim dan Muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi Allah!.