Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 24 Januari 2010

Carta organisasi PPI


Penaung:
Encik Nordin Lawanding
(Guru Besar)

Penasihat bersama:
Encik Philip Panis
(PK Kurikulum)

Puan Kasiah Maidin
(PK HEM)

Puan Lily Rubin
(PK Kokurikulum)

Encik Raphael Yahyo
(PK Petang)


Ketua panitia:
Ustazah Mazlin bt. Ibrahim

Penolong ketua panitia:
Ustaz Jamaluddin b. Hasiman

Setiausaha:
Ustaz Mohd Hatta bin Rosli

Timbalan Setiausaha:
Ustazah Anis Shakila bt. Ismail

Bendahari:
Ustazah Nurul Syuhada bt. Mohd Muzni

Penyelaras JQAF:
Sesi Pagi: Ustazah Haslina Mat Isa
Petang: Ustazah Rahayu bt Nasuha

Penyelaras kelas:
Tahun 1: Ustaz Jamaluddin b. Hasiman
Tahun 2: Ustaz Mohd Syukri b. Mansor
Tahun 3: Ustazah Rahayu bt. Nasuha
Tahun 4: Ustaz Saifullah b. Muhadi
Tahun 5: Ustazah Noraziah bt. Hamat
Tahun 6: Ustaz Mohd Hatta b. Rosli

AJK:
Semua guru Islam

Niat..



Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muqaddimah




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya milik Allah, kami memuji, memohon pertolongan, memohon keampunan serta memohon taubat hanya kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan jiwa-jiwa kami dan dari kerosakan amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, nescaya tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, nescaya tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk.

Kami bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang tiada sekutu bagiNya dan aku turut bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Selawat serta salam senantiasa tercurah kepada Baginda, kepada keluarganya, para sahabatnya dan sesiapa sahaja yang mengikuti petunjuknya hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah dengan izinNya sebuah blog dapat diwujudkan. Blog ppifisabilillah ini ditubuhkan khusus untuk Panitia Pendidikan Islam Sk pekan Tambunan dan kepada umat Islam amnya. Kewujudan blog ini diharapkan mampu untuk menyuntik semangat, ukhwah dan cetusan idea untuk kita semua. Segala pandangan amat dialu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu dan prestasi blog dan organisasi panitia pendidikan Islam ini.

Akhir sekali, semoga blog ini akan menjadi salah satu amal saleh yang diredhai Allah. Amin.

Wassalam.