Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 26 Mac 2010

Amalan-amalan yang disyari’atkan pada Hari Jumaat





1. Memperbanyakkan salawat atau puji-pujian kepada Rasulullah Sallallahualaihiwassalam. Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Perbanyaklah salawat kepadaku setiap hari jumaat kerana salawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak bersalawat kepadaku, dia akan paling dekat derajatnya denganku.” (HR. Baihaqi dengan sanad sahih)


2. Membaca surat Al Kahfi. Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua Jumaat.” (HR. Al Hakim dan Baihaqi disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)


3. Memperbanyak do’a. ” Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, nescaya Allah akan mengabulkannya. Rasululllah Sallallahua'laihiwassalam mengisyaratkan dengan tangannya menggambarkan sedikitnya waktu itu (H. Muttafaqun Alaih).


4. Bagi kaum lelaki wajib melaksanakan solat jumaat.Amalan-amalan solat Jumaat:


* Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.

* Berpagi-pagi menuju tempat solat jum’at.

* Diam mendengarkan khatib berkhutbah.

* Memakai pakaian yang terbaik.*

Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.


Dengan melakukan amalan-amalan yang disyari’atkan di hari Jumaat mudah-mudahan kita mendapatkan ampunan dan keberkahan dari Allah Subhanahuwataala. Ampunan Allah Subhanahuwataala sendiri memang ada sepanjang kita mahu bertaubat. Keberkahan Allah Subhanahuwataala juga boleh diberikan bila saja, bukan hanya pada hari Jumaat.


Namun, sebagaimana Allah telah menjadikan kota Mekah dan Madinah sebagai kota suci, menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid paling utama, menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia diantara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam lailatul qadar sebagai malam seribu bulan, menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling efektif untuk mendekatkan diri kepada Sang Khaliq, begitupun hari jum’at, Allah telah menjadikan hari jum’at sebagai rajanya hari, sayyidul ayyam.Namun, meskipun hari jum’at adalah hari istimewa, kita tidak selayaknya berlebih-lebihan menanggapinya.. Tidak boleh kita terlalu menjadikan hari jumaat sebagai hari dimana semua ibadah dilakukannya di hari ini. Ya misalnya, kita mengkhususkan ibadah tertentu contohnya puasa khusus di hari jum’at saja atau kita mengkhususkan bacaan dzikir, doa dan membaca surat-surat tertentu yang khusus dilakukan di hari jumaat saja. Itu kan tidak boleh, kecuali yang sudah disyari’atkan oleh agama.Wallahu a'lam..

Jangan jadikan rumah kita sebagai kuburan..


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda :




لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة




“ Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai pekuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surat Al Baqarah.”




(Sahih Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).