Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 18 Mei 2011

Melupakan dan dilupakan

alt
Manusia sering melakukan kesalahan yang sama. Ada yang berusaha untuk memperbaikinya dan ada yang tidak.
Mengapa tidak? Adakah kerana mereka enjoy melakukan kesalahan berulang kali? Tetapi, mengikut logik akal, bukankah setiap manusia mahukan yang terbaik?
Hairan, bukan?
Bukan mereka tidak ingin maju, tetapi mereka tidak sedar akan kekurangan diri yang ada pada mereka. Tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya sedang memudaratkan dan menzalimi diri sendiri. Inilah balasan kepada mereka yang lupa akan Allah.
Firman Allah dalam surah Taha, ayat 126 -127 "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal"
Apabila Allah melupakan kita, meninggalkan kita, apa akan terjadi pada kita?
Mata kita, hati kita, sudah tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Kita hanya seronok melakukan apa yang kita suka. Kita hilang kebolehan untuk melihat, memikirkan, memahami dan mengambil pengajaran dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kita sudah "terhijab" dari melihat pintu-pintu kebaikan.
Manusia di sekeliling kita juga seperti tidak sedar akan keadaan kita dan selalu saja ada yang menghalang mereka dari mengajak kita ke arah kebaikan. Bahkan, sekalipun telah datang pesanan kebaikan itu kepada kita, kita sendiri yang akan mengendahkannya kerana kejahilan pada diri kita.
 Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadaNya 
- Al-A'raaf : 146
Ayuh renung sejenak, tentu ada orang seperti di atas yang dikenalimu. Kadangkala sedih melihat mereka dengan ideologi barat dan kafir mereka. Begitulah hukum Allah, ringkas.
 Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka 
- At-Taubah : 67
Hm.... Jadi bagaimanakah caranya untuk sentiasa mengingati Allah? Allah telah pun memberi petunjuk (hint) di dalam kitabNya.
 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka 
- Ali Imran: 190-191
Jangan hanya menyebut takbir ketika melatah. Bertasbihlah lalu bertahmidlah, lalu bertahlillah, terus bertakbir memaha besarkan asma-Nya.
Semoga kita beramal seperti seorang muslim sehingga kita berupaya melaungkan "saksikanlah, aku seorang muslim!" tanpa keraguan.
Wallahu'alam. Bersama kita amalkan. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang datangnya dari Allah adalah terbaik untuk kita.

Rabu, 23 Februari 2011

^Waktu^


Setiap peristiwa ada waktunya, maka setiap

 kemenangan ada jadualnya. Ada banyak rahsia yang

 tersimpan dalam rahim sang waktu sebab waktu adalah

 kehidupan. Jangan bazir waktu.


(Ustaz Mohd Zawawi Jusoh)

Rabu, 16 Februari 2011

Nostalgia 2010

Ketua Panitia kita Ustazah Mazlin

Dengaq elok-elok no..


Jom tambah ilmu di Kursus Pengurusan Jenazah


Halaqah membentuk peribadi soleh solehah

Curahan Ilmu..

Kenangan Sambutan Perayaan..Senyuman pengantin baru..

Motivasi Pelajar Perempuan 2010

Tahniah Awang Khalil atas keberanianmu...

Setiap insan pasti merasai mati

Penceramah jemputan Ustaz Husnun Haldi

Ustazah Anis menanamkan semangat jihad..!

Daftar..jgn xdaftar

Jumaat, 14 Januari 2011

Penangan Cinta?



Apabila berbicara tentang cinta, maka akan segera terbayang hubungan pasangan kekasih yang rindu merindui, mengambil berat antara satu sama lain, saling menyayangi dan bermacam2 lagi perasaan yang menyeronokan.

Semua itu dirasakan terlalu indah sehingga mengakibatkan terabai banyak perkara, terbuai dengan angan2, malah tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Hakikat ini memang berlaku dek kerana bahana cinta yang tidak terkawal.

Dalam sesetengah kes, kita melihat orang yang dikatakan dilamun cinta hidup dalam dunia yang dicipta sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Dalam dunia itu hanya ada dia dan pasangannya. Dunia itu dipenuhi khayalan2 mempesonakan lantas membuat penghuninya terleka sama sekali. Kelekaan itu lazimnya datang bersama kekacauan jiwa, rasa tidak tenteram atau dalam istilah popular dikatakan makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Adakah benar itu cinta?

Fenomena ini dapat dilihat di mana2 sahaja terutama di tempat2 yang mudah berlaku pergaulan ala2 bebas antara si teruna dengan si dara seperti universiti, kolej dan termasuklah sekolah. 

Saya sendiri mempunyai agak ramai teman yang ikut tenggelam dalam fenomena ini. Sejak di bangku sekolah sampailah ke universiti budaya yang cukup popular disebut ‘couple’ begitu berleluasa.

Bagaimana agaknya sikap yang perlu diambil untuk berhadapan dengan fenomena ini? Berkenaan dengan hukum syarak rasanya ramai telah sedia maklum. Tetapi reaksi kebanyakan mereka yang terjebak juga turut tersedia maklum apalagi ‘couple’ tegar yang seolah2 tak makan saman. 

Agak sukar untuk menjelaskan hakikat sebenar kepada mereka yang mabuk dalam dunia cinta kononnya.Tetapi apabila difikirkan tugas menyampaikan kebenaran yang perlu dilaksanakan, maka tidak dapat tidak kena disampaikan juga sekalipun pahit. Sememangnya begitulah tugas kita kerana yang dituntut bukanlah sama ada orang itu berjaya diubah atau tidak, tetapi dituntut supaya kita berusaha merubahnya.

Memang sukar hendak membayangkan kehangatan perasaan cinta yang melanda tetapi itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan alasan. Perasaan yang tentunya menghadirkan resah gelisah sehingga adakalanya gagal dikawal. Ada ketika hendak menangis menanggung beban cinta, ada ketika tersenyum sendiri. Namun, apalagi yang dapat dikatakan selain bersabar terhadap dorongan perasaan itu?

Bersabar daripada melakukan dosa adalah satu mujahadah yang dijanjikan pahala atasnya. Oleh itu, bersabarlah walaupun hati menjerit mahu berjumpa dengannya, walau batin berteriak mahu menghubunginya, walau akal sempit mengatakan dialah cinta sejatimu, walau diri amat mencintainya dan tidak dapat melupakannya walau sesaat pun, bersabarlah!

Mohonlah kepada Allah Taala agar Dia tidak membolak balikkan hati, agar ditunjukkan jalan yang benar, landasan yang lurus dan hati yang mampu melihat jalan kebenaran dan dapat membezakan antara yang baik dengan buruk.

Daripada Kekasih kepada Kekasih

Bukti cinta adalah menginginkan kebaikan kepada orang yang dicintai. Kalau boleh kita ingin menjadi penyelamatnya daripada segala malapetaka dan bahaya. Setujukah? Jika ya, dimanakah cinta ketika si dia mengajak kepada maksiat seperti keluar berdua, makan berdua dan segala macam yang dilakukan berdua-duaan? Padahal semua maksiat itu mengundang celaka di dunia dan neraka di akhirat? Adakah si kekasih sanggup menjerumuskan kekasihnya ke dalam neraka?

Sungguh ramai yang terperangkap dalam jerat ini. Dia merasakan cintanya agung dan suci. Tetapi dia tidak sedar, sebenarnya ketika itu dia tidak mencintai. Hakikatnya, dia pun tidak dicintai. Dia menghumban pasangannya ke neraka sementara pasangannya juga menghumbannya ke neraka. Cinta yang bagaimanakah itu?

Mungkinkah ada yang beralasan sekadar untuk membahagiakan pasangan sebagai tanda pengorbanan? Semua itu rekaan nafsu sahaja. Dia berkorban supaya dia dicintai. Bukankah itu mementingkan diri? Dia mencintai pasangan untuk memuaskan hatinya. Itukah cinta?

Cinta yang sebenar adalah cinta yang sampai ke akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing saling menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa. Mak & ayah akan menyalahkan anak2 kerana dosa anak2 terpalit pada diri mereka. Anak2 pula akan mendakwa mak & ayah kerana tidak menjaga dan mendidik mereka dengar benar. Suami akan menyalahkan isteri kerana tidak taat kepada Allah Taala. Isteri pula akan mendakwa suami kerana meninggalkan amanah mentarbiyah keluarga. 

Di sana, tidak bermakna langsung cinta yang sering diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak sampai ke akhirat. Tertinggal di tepian kubur, kemudian lenyap begitu sahaja.

Daifnya cinta sedemikian. Syaitan menghiasi cinta daif itu kelihatan agung. Tinggi melangit, bulan bintang menjadi saksi, sanggup mendaki gunung tinggi, merentas lautan api kononnya. Hendak mengharungi neraka bersamakah?

Analogi cinta sebagaimana iman, tersembunyi dalam hati, terbukti dengan kata dan perbuatan. Cinta perlu difahami sebagai rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Sebagaimana kita memahami istilah cinta kepada Allah, nabiNya dan ibu bapa, maka begitu juga cinta kepada si dia walaupun kriteria cinta2 tersebut berbeza. Adalah sesuatu yang tidak wajar jika kita memahami cinta kepada si dia dengan pemahaman yang songsang.

Bagaimana mungkin kita mengatakan cinta kepada Allah/ nabiNya/ ibu bapa adalah sekian2 sementara cinta kepada si dia berada di sisi yang bertentangan sama sekali. Jika demikian begitu adakah ia masih layak diistilahkan cinta?

Pandulah Dengan Iman & Ilmu

Sesungguhnya Allah Taala telah menganugerahi manusia dengan beberapa naluri (ghara’iz) antaranya gharizah al-baqa’ (naluri untuk meneruskan/ mempertahankan kehidupan), gharizah al-tadayyun (naluri untuk menyembah/ beragama) dan gharizah an-nau’ (naluri berpasangan). Dengan naluri2 tersebut manusia menjalani kehidupan di muka bumi dengan sebahagiannya berjaya menggunakan naluri2 itu pada jalan yang benar sesuai dengan fitrah manakala sebahagian yang lain ada yang tersesat.

As Sheikh Taqiyuddin An Nabhany dalam buku Sistem Pergaulan Dalam Islam menyatakan pemahaman mengenai gharizah an-nau’ dan tujuan penciptaannya mesti difahami setiap lelaki dan wanita. Perkara tersebut memberi kefahaman yang betul mengenai gharizah yang telah diciptakan Allah iaitu membataskan naluri tersebut pada hubungan lelaki dan wanita atau sebaliknya serta memfokuskan hubungan itu pada tujuan penciptaan gharizah an-nau’ iaitu untuk melahirkan keturunan manusia. Kefahaman inilah yang akan dapat mewujudkan pemuasan naluri dan mewujudkan tujuan diciptakan naluri itu seterusnya mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat.

Islam menyediakan jalan penyelesaian dalam segala perkara, maka merujuklah padanya. Bukankah kita orang yang menyakini Islam sebagai cara hidup? Tidaklah patut kita mengambil Islam dalam sebahagian perkara sementara meninggalkannya pada sebahagian yang lain. 

Sikap kita adalah ‘kami dengar & kami taat’ terhadap semua perkara yang datang daripada Allah dan rasulNya. Tidak ada pilihan lain. Masalah cinta kepada si dia juga tidak terkecuali. Saya tidak ingin menghurai panjang lebar di sini kerana ia memerlukan kesempatan yang lain.

Janganlah dibiarkan jiwa menjadi lemah kerana cinta. Tidak dinafikan cinta itu kadang2 datang tanpa diundang. Maka persiapkanlah diri dengan iman & ilmu secukupnya agar diri tidak hanyut dibuai angan & mimpi indah padahal semua itu langsung tidak menjanjikan kebahagiaan. 

Jika tersilap, perbaikilah diri dan ajaklah orang yang dicintai itu untuk kembali muhasabah. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada Ilahi. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul dan bercintalah dengan matlamat yang betul.

Saya mahu mengajak kita berfikir dan menilai cinta melalui kaca mata yang benar dan ini hanya dapat dilakukan melalui iman dan ilmu yang juga benar. Saya tidak ingin menghalang cinta yang berputik daripada berkembang mekar tetapi yang diingini adalah meletakkan cinta itu pada tempat yang benar dan hak. 

Jatuh cinta dan bercinta itu bukanlah satu kesalahan jika kena caranya. Bertanyalah kenapa kita bercinta? Untuk apa kita bercinta? Bagaimana kita bercinta? Persoalan2 ini menagih jawapan yang jujur. Semoga kita dapat menjadikan hak yang halal itu halal dan kekalkanlah hak yang haram itu haram.

Wallahua’lam bisshawab.

http://hazarulhisham.wordpress.com/2011/01/13/penangan-cinta/

Ahad, 9 Januari 2011

Kenapa Bercinta Sebelum Kahwin Itu Tidak Seronok?



1. Kurang atau hilang lansung nikmat bercinta. Tiada suprise lagi kerana segala yang sweet telah dilakukan semasa zaman bercinta. Contoh membeli belah bersama-sama atau duduk makan bersama-sama.

2. Menambahkan tekanan dan membuat jiwa kacau. Contoh menjadi seorang yang cemburu dan sensitif apabila teman lelaki atau teman wanita rapat dengan orang lain atau kurang masa untuk melayan karenah pasangan masing-masing.

3. Menambahkan risiko kemurungan. Bayangkan cinta yang dibina terputus di tengah jalan. Selalunya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan melupakan.

4. Mungkin akan mengalami kejutan budaya kerana pasangan telah menunjukkaan warnanya yang sebenar apabila sudah berkahwin. Zaman berkawan dan bercinta bukan main smart dan bergaya. Bila sudah kahwin dan duduk serumah terkejut kerana si dia pengotor rupa-rupanya.

5. Kebanyakan percintaan sebelum perkahwinan membawa kehancuran dan kelalaian. Lupa cinta utama kerana hanyut dengan cinta sesama manusia.

6. Pasangan yang telah bercinta sebelum berkahwin tidak dapat merasai nikmat berperasaan malu-malu, tangan berpeluh apabila berjumpa kali pertama menatap mata secara halal dan sah, dan peluh memercik di dahi apabila duduk berdua-duaan untuk kali pertama bersama si dia yang sudah sah menjadi milik kita.

7. Sudah biasa berjumpa. Sudah biasa bersentuhan. Sudah biasa itu dan ini dengan si dia. Maka tidak mustahil sudah biasa yang dilakukan sebelum berkahwin menjadi biasa-biasa juga selepas berkahwin. Tiada yang luar biasa lagi.

8. Seronok dapat bunga daripada si dia yang bergelar suami/isteri atau seronok dapat bunga daripada pakwe/makwe? Seronok suami/isteri yang suapkan kita makanan atau seronok pakwe/makwe yang suapkan kita makanan? Seronok makan ais krim dalam bekas yang sama dengan suami/isteri atau seronok makan aiskrim dalam bekas yang sama dengan pakwe/makwe?

9. Semua yang di atas kedua-duanya adalah seronok. Yang menjadi beza, berseronok dengan suami/isteri adalah ibadat dan dapat pahala dan berseronok dengan pakwe/makwe bukan ibadat dan mendapat dosa.