Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 23 Februari 2010

Alu-Aluan Guru Besar..



Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya Sk Pekan Tambunan selangkah lagi menuju ke arah masyarakat celik IT yang akan menjana kejayaan dan kecemerlangan warga pendidik dan pelajar-pelajar SK Pekan Tambunan .

Adanya blog Panitia Pendidikan Islam ini menunjukkan komitmen yang tinggi warga pendidik SK Pekan Tambunan dalam memastikan warga sekolah tidak ketinggalan maklumat dan berita terkini khususnya bagi Panitia Pendidikan Islam.

Tahniah saya ucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam, semoga usaha yang dilakukan akan dapat dimanfaatkan bersama warga SK Pekan Tambunan.

Yang mana satu kita....?

Antara guru, pendidik, muallim dan murabbi, yang mana satukah kita???
Seorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala aspek...ilmu dan akhlaq diri, agar anak2 murid dapat menjadikan kita contoh...
anak-anak murid perlu kita jadikan sebagai anak-anak kita juga....ihsanlah terhadap kerja dan anak-anak murid kita...Tarbiah mereka, agar mereka menjadi insan yang berguna untuk agama suatu hari nanti...hidupkan "biah solehah" di kelas2 kita...ini kerana dengan suasana agama yang baiklah akan menjaga mereka daripada terpesong
semoga hidup mereka akan menjadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat...insyaAllah..