Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 24 Januari 2010

Muqaddimah




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya milik Allah, kami memuji, memohon pertolongan, memohon keampunan serta memohon taubat hanya kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan jiwa-jiwa kami dan dari kerosakan amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, nescaya tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, nescaya tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk.

Kami bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang tiada sekutu bagiNya dan aku turut bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Selawat serta salam senantiasa tercurah kepada Baginda, kepada keluarganya, para sahabatnya dan sesiapa sahaja yang mengikuti petunjuknya hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah dengan izinNya sebuah blog dapat diwujudkan. Blog ppifisabilillah ini ditubuhkan khusus untuk Panitia Pendidikan Islam Sk pekan Tambunan dan kepada umat Islam amnya. Kewujudan blog ini diharapkan mampu untuk menyuntik semangat, ukhwah dan cetusan idea untuk kita semua. Segala pandangan amat dialu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu dan prestasi blog dan organisasi panitia pendidikan Islam ini.

Akhir sekali, semoga blog ini akan menjadi salah satu amal saleh yang diredhai Allah. Amin.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan