Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 30 November 2010

"Takkan Ustazah tu, tak tahu?"

oleh: Sakinah Saptu
Ramai Muslimah yang menutup aurat tetapi sebenarnya tidak menutup aurat. Perkara ini kelihatannya semakin berleluasa di kalangan para ustazah yang mempunyai pendidikan agama yang bukan setakat di sekolah rendah tetapi sudah sampai ke peringkat universiti. Malah sudah juga bergelar graduan pengajian Islam. Ia adalah sesuatu yang sememangnya tidak sedap di pandang mata. Ini kerana yang sudah tahu itu seolah-olah buat-buat tidak tahu. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan ia adalah satu fenomena yang amat mendukacitakan.

Apabila seorang yang tahu dan faham dengan apa yang dikehendaki oleh syariat meletakkan diri umpama orang awam bagaikan satu musibah dalam institusi pembelajaran agama. Agama dicemarkan dan dirosakkan dengan pencampuran antara yang bukan agama dengan yang agama menyebabkan masyarakat Islam keliru yang mana satu agama dan yang mana satu bukan agama. Akhirnya masyarakat Islam yang seringkali cenderung beramal dengan amalan seorang agamawan itu melihat yang bukan agama itulah agama. Akibatnya timbullah kata-kata seperti ini: 'Ustazah tu pun pakai macam ni? Kalau agama kata tak boleh dan salah, kenapa dia pakai. Takkan ustazah tu tak tahu..." Sedih, bukan? Ketahuilah, semua ini berlaku dek kejahilan dan ketidakmahuan mempraktikkan ajaran agama oleh orang agama itu sendiri. [Ini baru sahaja dalam bab penutupan aurat seorang Muslimah belum lagi dalam bab-bab lain dalam hal akidah dan ibadah].




Saya tidak berniat untuk menyindir sesiapa, malah bukan juga berniat untuk mengutuk 'usaha murni' muslimah-muslimah dalam mempelbagaikan pemakaian tudung dan memperkenalkan pakaian-pakaian yang kononnya adalah 'busana Muslimah'. Cumanya saya prihatin, mungkin dalam keghairahan untuk melakukan kebaikan kita terlupa dengan kehendak asal syariat itu sendiri.
Ada kata: "Keimanan aku bukan terletak pada labuhnya tudung aku".
Ya, benar..siapalah kita untuk menilai keimanan seseorang dari sudut pemakaiannya. Memang kita tidak layak. Tetapi menutup aurat dengan sempurna dan melabuhkan tudung itu adalah SATU KEWAJIPAN yang dituntut dalam agama tidak kira kamu itu baik atau tidak. Jika kita kata kita beriman, tentu sahaja kita bertindak sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya,bukan?

Mungkin ada antara akhawat Muslimah saya yang bergelar ustazah terlupa, Allah s.w.t telah berfirman:



Maksudnya: "Wahai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al-Quran, al-Ahzab:59].
Nabi s.a.w pula bersabda yang mana maksudnya:
"Dua jenis ahli neraka: (1) Orang yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia (2) Wanita yang berpakaian seolah-olah tidak berpakaian. Mereka condong semasa berjalan dan mencondongkan orang yang melihat. Kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya....." [H.R Muslim].

Akhawat bergelar ustazah yang saya kasihi, belajar agama menuntut kita memahami dan mempraktikkannya lebih-lebih lagi bila mana ianya WAJIB. Dalam hal-hal yang JELAS DAN TERANG seperti ini, kita tidak boleh beramal mengikut 'rasa', adakah beriman dengan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang sahih itu perlu separuh-separuh? Mana yang kita suka dan mengikut selera kita, kita laksanakan. Manakala mana yang kita tidak sukai dan tidak menepati citarasa kita [dan peredaran zaman], kita tinggalkan?

Dalam hal ini, saya tidak perlu berbual panjang lebar dan berjela-jela. Cukuplah penulisan ringkas ini sekadar mengetuk minda kita yang terlupa barangkali agar tersedar supaya perkara ini dilihat semula berdasarkan tuntutan syariat. Suka untuk saya katakana bahawa aurat perlu ditutup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya bukan sebagaimana yang dikehendaki oleh peredaran zaman dan trend yang melanda dunia fesyen. Moga perkara ini dapat kita muhasabahkan bukan sahaja untuk diri yang sedang membaca tetapi diri saya juga.
Wallahu'alam.

Khamis, 18 November 2010

Did You Thank Allah for Your Eyesight?



A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.


A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"

The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."

What he had written was: "Today is a beautiful day and I cannot see it."

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

"It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give." [surah Al-Mu'minun; 78]

Rabu, 27 Oktober 2010

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA



Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.   
   
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info

Ahad, 17 Oktober 2010

Bahaya Maksiat

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan fizikal manusia di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :

1. Terhalang memperoleh ilmu.

2. Terhalang mendapatkan rezeki.

3. Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing, antara si pelaku maksiat dengan Allah Azza Wa Jalla.

4. Keterasingan bukan hanya antara manusia dengan Allah, tetapi akibat perbuatan dosa dan maksiat itu, yang lebih berat juga akan mengasingkan pelakukanya dengan manusia lainnya terutama mereka yang melakukan kebajikan. 

5. Orang yang suka melakukan maksiat dan dosa, hidupnya akan mengalami jalan buntu pada setiap urusannya.

6. Perbuatan maksiat dan dosa akan menimbulkan kegelapan hati.

7. Perbuatan maksiat dan dosa itu, juga akan melemahkan kekuatan hati. 

8. Orang yang melakukan maksiat itu, pasti akan kehilangan wala’ dan keta’atan kepada Allah Azza Wa Jalla.

9. Orang-orang yang hobinya berbuat maksiat, menyebabkan pendek umur.
Begitulah nasihat Ibnu Qayyim al-Jauziyah, dalam kitabnya Al-Jawabu Kafi, agar manusia menjauhi dosa dan maksiat, keranana perbuatan itu akan mencelakakan manusia di dunia dan akhirat. Wallahu’alam.

Selasa, 5 Oktober 2010

Salah Faham Amalan Gantung Ayat al-Quran

Salah Faham Amalan Gantung Ayat al-Qur’an

Oleh: Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com

Sedar atau tidak apabila kita berjalan dan singgah di restoran-restoran atau kedai-kedai tertentu, kita mungkin akan melihat beberapa bentuk mushaf (lembaran) atau gambar-gambar ayat-ayat suci al-Qur’an digantungkan dengan pelbagai bentuk dan coraknya. Biasanya ia digantungkan pada dinding sama ada bersebelahan atau di belakang kaunter bayaran. Amalan ini begitu popular dilakukan di kebanyakan premis-premis perniagaan orang Melayu dan restoran-restoran mamak negara kita.

Ayat-ayat al-Qur’an yang biasa digunakan serta menjadi pilihan bagi para peniaga Melayu adalah seperti Surah ath-Thalaq dari ayat dua hingga ayat tiga, atau lebih dikenali dalam kalangan mereka sebagai “ayat seribu dinar”. Wallahu a’lam, tidak diketahui dari mana nama tersebut diambil. Selain dari itu, beberapa ayat al-Qur’an lain yang biasa digunakan adalah dari Surah al-Fatihah dan ayat al-Kursi. Tujuan menggantung ayat-ayat ini menurut mereka antaranya adalah bagi meraih hasil perniagaan yang baik (sebagai pelaris dan mengelakkan kerugian), sebagai penolak bala, dan juga sebagai perhiasan.
Terlebih dahulu apa yang perlu kita fahami adalah bahawa al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan dengan penuh barakah dan petunjuk bagi mereka yang membaca, mempelajari, memahami, dan mengamalkannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya): “Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah (kebaikan) supaya mereka memerhatikan (mentadabbur) ayat-ayatnya agar mendapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Shaad, 38: 29)

Pada ayat yang lain, Allah menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah sebagai huda (petunjuk), al-furqon (pemberi peringatan), penjelas (mubin), busyro (berita gembira), rahmat, dan juga sebagai syifa’ (penyembuh bagi penyakit hati). (Rujuk: Syaikh Manna’ al-Qaththan,Mabaahis fii ‘Ulumul Qur’an, m/s. 17-21). Bukannya sebagai penangkal dan pelaris, mahupun sebagai barang-barang perhiasan.

Menjadikan ayat-ayat al-Qur’an sebagai penangkal, pelaris, dan perhiasan adalah di antara contoh salah faham terhadap al-Qur’an oleh masyarakat Islam hari ini. Dalam masa yang sama,ia juga turut menyalahi tujuan asal al-Qur’an diturunkan.

Sekiranya perbuatan tersebut adalah suatu yang haq (benar), maka kita perlulah mengemukakan contoh (bukti penjelasan) daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau yang melakukan amalan-amalan seperti itu. Malah sekiranya kita meneliti dengan baik ayat-ayat al-Qur’an yang digunakan tersebut seperti contohnya “ayat seribu dinar” yang dipetik dari surah ath-Thalaq tersebut, maka kita akan mendapati maksudnya sebagaimana berikut:

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya dan Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Ayat ini menyentuh dan menekankan persoalan taqwa, yang dengan ketaqwaan tersebut Allah berjanji akan mengadakan jalan keluar (dari kesusahan), memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, serta mencukupkan segala keperluan seseorang hamba. Adapun yang dimaksudkan dengan taqwa tersebut adalah sentiasa berusaha menjaga diri dari kemurkaan dan kemarahan Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu dengan melaksanakan segala apa yang diperintahkan dan menjauhi apa jua bentuk larangan dalam agama dengan bersungguh-sungguh. ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah berkata:

ليس تقوى الله بصيام النهار ولا بقيام الليل والتخليط فيما بين ذلك ولكن تقوى الله ترك ما حرم الله وأداء ما افترض الله فمن رزق بعد ذلك خيرا فهو خير إلى خير


“Taqwa kepada Allah bukanlah dengan berpuasa di siang hari, atau berjaga di malam hari untuk beribadah, atau mengerjakan kedua-duanya. Namun, taqwa kepada Allah itu adalah dengan meninggalkan apa sahaja yang diharamkan Allah dan melaksanakan apa jua kewajiban dalam agama. Sesiapa yang dikurniakan kebaikan setelah itu, maka itu adalah kebaikan ke atas kebaikan.” (Ibnu Rejab al-Hanbali (Wafat: 795H), Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 159)

Dengan ini, jelaslah bahawa ayat al-Qur’an yang mereka gantungkan itu sendiri telah menyatakan bahawa di antara cara yang benar dalam meraih rezeki, keluar dari kesusahan, dan mendapat keperluan yang cukup dari sisi Allah adalah dengan sifat taqwa. Bukannya dengan menggantung ayat-ayat al-Qur’an tertentu sebagai pelaris atau tangkal.

Syaikh Dr. Nashir B. ‘Abdurrahman al-Judai’ hafizahullah berkata:


لقد نص جماعة من علماء السلف رحمهم الله – عند كلامهم عل الآداب الخاصة بالقران الكريم – على كراهة كتابة القران الكريم على الجدران، في المسجد وغيرها، أو على الشياب ونحوها، على سبل الاطلاق، ولم يستشنوا ما كان من ذلك لتبرك

وبناء على هذا فإن كتبة آيات القرآن الكريم على الجدران ونحوها، أو كتابتها على أوراق أو ألواح أو أوان ونحوها، ثم تعلق لقصد التبرك بجلب خير أو دفع ضر، فإن هذا التبرك بالقرآن على هذا الوجه ليس مشروعا بل هو أمر مبتدع، ومخالف الهدي الرسول صل الله عليه وسلم، وهدي الصحابة، وأئمة السلف رضي الله عنهم


“Sejumlah ulama salaf (terdahulu), ketika memperkatakan berkenaan adab-adab yang khusus terhadap al-Qur’an al-Karim, mereka menetapkan secara mutlak dibencinya menulis al-Qur’an di dinding-dinding, di dalam masjid, dan selainnya, atau pada pakaian dan seumpamanya. Mereka tidak mengecualikan tulisan yang tujuannya untuk mencari keberkahan.

Berdasarkan keadaan ini, sesungguhnya menulis ayat-ayat al-Qur’an di dinding-dinding dan seumpamanya atau menulisnya di atas lembaran, papan, medium tertentu, dan seumpamanya, kemudian menggantungkannya dengan tujuan mencari atau mengambil berkah kebaikan atau dengan harapan dapat menolak bahaya, maka perkara ini adalah tidak disyari’atkan. Bahkan ianya termasuk perkara yang diada-adakan (membuat bid’ah) dan bertentangan dengan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat, dan para imam salaf (ulama generasi awal) yang diredhai.” (Syaikh Dr. Nashir B ‘Abdurrahman al-Judai’, at-Tabarruk Anwa’uhu wa Ahkamuhu, m/s. 239, Maktabah ar-Rosyad (Riyadh, 1411H))

Manakala berkenaan ayat al-Kursi, disebutkan pula melalui hadis-hadis yang sahih bahawa sesiapa yang mengamalkan membacanya pada awal pagi atau awal malam, maka ia akan dilindungi dari gangguan syaitan. Hadis ayat al-Kursi tersebut sama sekali tidak menyebutkan supaya kita menggantungkannya di dinding-dinding sebagai perhiasan mahupun sebagai tangkal, tetapi adalah dengan membacanya, memahaminya dan mengamalkannya.

Bahkan lebih bahaya, perbuatan menggantung ayat-ayat al-Qur’an tertentu ini sebenarnya boleh menjerumuskan pelakunya kepada kesyirikan. Ini boleh berlaku sekiranya si pelaku berkeyakinan (mempercayai) bahawa dengan cara menggantung atau meletakkan ayat-ayat al-Qur’an tersebut mampu mendatangkan barakah (kebaikan), dapat menolak bala atau sial, mendatangkan rezeki, memberi keuntungan dan seumpamanya. Sedangkan tiada dalil sama ada dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah yang mendukung perbuatan seperti itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ


“Sesungguhnya ruqyah (bacaan mantera), tamimah (tangkal atau azimat – pent.), dan tiwalah (sihir pengasih) adalah syirik.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Juga sebagaimana hadis marfu’ daripada ‘Uqbah B. ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, katanya:


إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ


“Sesiapa yang mengantungkan tamimah (tangkal), semoga Allah tidak menunaikan keinginannya.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/623, no. 17404. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dari itu adalah lebih baik perbuatan tersebut ditinggalkan melainkan padanya didukung oleh dalil yang jelas dari al-Qur’an dan as-Sunnah. Syaikh ‘Abdurrahman B. Hasan Alu Syaikh melalui kitabnya, Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid menyebutkan bahawa, “‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhuma melarang segala bentuk tamimah (tangkal) sama ada ianya dari ayat-ayat al-Qur’an ataupun selainnya.”

Akhir sekali, perlu juga kita ketahui bahawa ayat-ayat al-Qur’an bukanlah barang-barang perhiasan. Perbuatan menggantungkannya seperti pada dinding-dinding atau cermin-cermin kenderaan tertentu dengan tujuan perhiasan adalah termasuk perbuatan merendah-rendahkan al-Qur’an. Ini semua perlu dikembalikan kepada tujuan asal penurunan al-Qur’an. Adakah menjadikannya sebagai barang perhiasan termasuk di antara tujuannya? Pernahkan ia dicontohkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta para ulama generasi awal di tiga kurun yang utama? Atau ia termasuk perkara baru yang diada-adakan dalam agama. Justeru, sama-samalah kita menilainya berpandukan ilmu di atas sumber yang benar.

Oleh itu, kesimpulannya:

1 – Ambillah ayat-ayat al-Qur’an dengan cara yang betul, iaitu dengan bimbingan ilmu, membaca, berusaha memahami dan mempelajarinya (mentadabbur), sekaligus mengamalkannya.

2 – Apa yang disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri menyuruh kita bertaqwa yang dengannya Allah akan mengeluarkan dari kesusahan, memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan mencukupkan keperluannya. Bukan menggantungkannya sama ada di dinding-dinding sambil mengharap sesuatu.

3 – Ayat-ayat al-Qur’an bukan bahan untuk dijadikan tangkal dan alat pelaris. Perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk dalam perkara syirik dan berdosa besar.

4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan adalah dengan cara bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. Di samping sentiasa berinisiatif meningkatkan daya usaha dan mempelbagaikan strategi pemasaran perniagaan yang betul. Wallahu a’lam...

Ahad, 19 September 2010

Lima Faedah Puasa di Bulan Syawal


Sumber asal: disini

Alhamdulillah, kita saat ini telah berada di bulan Syawal. Kita juga sudah mengetahui ada amalan utama di bulan ini yaitu puasa enam hari di bulan Syawal. Apa saja faedah melaksanakan puasa tersebut? Itulah yang akan kami hadirkan ke tengah-tengah pembaca pada kesempatan kali ini. Semoga bermanfaat.


Faedah pertama: Puasa syawal akan menggenapkan ganjaran berpuasa setahun penuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”[1]

Para ulama mengatakan bahwa berpuasa seperti setahun penuh asalnya karena setiap kebaikan semisal dengan sepuluh kebaikan yang semisal. Bulan Ramadhan (puasa sebulan penuh, -pen) sama dengan (berpuasa) selama sepuluh bulan (30 x 10 = 300 hari = 10 bulan) dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan (berpuasa) selama dua bulan (6 x 10 = 60 hari = 2 bulan).[2] Jadi seolah-olah jika seseorang melaksanakan puasa Syawal dan sebelumnya berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, maka dia seperti melaksanakan puasa setahun penuh. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ (مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

“Barangsiapa berpuasa enam hari setelah Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. [Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan semisal][3].”[4] Satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan semisal dan inilah balasan kebaikan yang paling minimal.[5] Inilah nikmat yang luar biasa yang Allah berikan pada umat Islam.

Cara melaksanakan puasa Syawal adalah:

1. Puasanya dilakukan selama enam hari.
2. Lebih utama dilaksanakan sehari setelah Idul Fithri, namun tidak mengapa jika diakhirkan asalkan masih di bulan Syawal.
3. Lebih utama dilakukan secara berurutan namun tidak mengapa jika dilakukan tidak berurutan.
4. Usahakan untuk menunaikan qodho’ puasa terlebih dahulu agar mendapatkan ganjaran puasa setahun penuh. Dan ingatlah puasa Syawal adalah puasa sunnah sedangkan qodho’ Ramadhan adalah wajib. Sudah semestinya ibadah wajib lebih didahulukan daripada yang sunnah.

Faedah kedua: Puasa syawal seperti halnya shalat sunnah rawatib yang dapat menutup kekurangan dan menyempurnakan ibadah wajib.

Yang dimaksudkan di sini bahwa puasa syawal akan menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang ada pada puasa wajib di bulan Ramadhan sebagaimana shalat sunnah rawatib yang menyempurnakan ibadah wajib. Amalan sunnah seperti puasa Syawal nantinya akan menyempurnakan puasa Ramadhan yang seringkali ada kekurangan di sana-sini. Inilah yang dialami setiap orang dalam puasa Ramadhan, pasti ada kekurangan yang mesti disempurnakan dengan amalan sunnah.[6]

Faedah ketiga: Melakukan puasa syawal merupakan tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan.

Jika Allah subhanahu wa ta’ala menerima amalan seorang hamba, maka Dia akan menunjuki pada amalan sholih selanjutnya. Jika Allah menerima amalan puasa Ramadhan, maka Dia akan tunjuki untuk melakukan amalan sholih lainnya, di antaranya puasa enam hari di bulan Syawal.[7] Hal ini diambil dari perkataan sebagian salaf,

مِنْ ثَوَابِ الحَسَنَةِ الحَسَنَةُ بَعْدَهَا، وَمِنْ جَزَاءِ السَّيِّئَةِ السَّيِّئَةُ بَعْدَهَا

“Di antara balasan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya dan di antara balasan kejelekan adalah kejelekan selanjutnya.”[8]

Ibnu Rajab menjelaskan hal di atas dengan perkataan salaf lainnya, “Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan lainnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula barangsiapa yang melaksanakan kebaikan lalu malah dilanjutkan dengan amalan kejelekan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.”[9]

Renungkanlah! Bagaimana lagi jika seseorang hanya rajin shalat di bulan Ramadhan (rajin shalat musiman), namun setelah Ramadhan shalat lima waktu begitu dilalaikan? Pantaskah amalan orang tersebut di bulan Ramadhan diterima?!

Al Lajnah Ad Da-imah Lil Buhuts ‘Ilmiyyah wal Ifta’ (komisi fatwa Saudi Arabia) mengatakan, “Adapun orang yang melakukan puasa Ramadhan dan mengerjakan shalat hanya di bulan Ramadhan saja, maka orang seperti ini berarti telah melecehkan agama Allah. (Sebagian salaf mengatakan), “Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah, pen) hanya pada bulan Ramadhan saja.” Oleh karena itu, tidak sah puasa seseorang yang tidak melaksanakan shalat di luar bulan Ramadhan. Bahkan orang seperti ini (yang meninggalkan shalat) dinilai kafir dan telah melakukan kufur akbar, walaupun orang ini tidak menentang kewajiban shalat. Orang seperti ini tetap dianggap kafir menurut pendapat ulama yang paling kuat.”[10] Hanya Allah yang memberi taufik.

Faedah keempat: Melaksanakan puasa syawal adalah sebagai bentuk syukur pada Allah.

Nikmat apakah yang disyukuri? Yaitu nikmat ampunan dosa yang begitu banyak di bulan Ramadhan. Bukankah kita telah ketahui bahwa melalui amalan puasa dan shalat malam selama sebulan penuh adalah sebab datangnya ampunan Allah, begitu pula dengan amalan menghidupkan malam lailatul qadr di akhir-akhir bulan Ramadhan?!

Ibnu Rajab mengatakan, “Tidak ada nikmat yang lebih besar dari pengampunan dosa yang Allah anugerahkan.”[11] Sampai-sampai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun yang telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang banyak melakukan shalat malam. Ini semua beliau lakukan dalam rangka bersyukur atas nikmat pengampunan dosa yang Allah berikan. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya oleh istri tercinta beliau yaitu ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengenai shalat malam yang banyak beliau lakukan, beliau pun mengatakan,

أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا

“Tidakkah aku senang menjadi hamba yang bersyukur?”[12]

Begitu pula di antara bentuk syukur karena banyaknya ampunan di bulan Ramadhan, di penghujung Ramadhan (di hari Idul fithri), kita dianjurkan untuk banyak berdzikir dengan mengangungkan Allah melalu bacaan takbir “Allahu Akbar”. Ini juga di antara bentuk syukur sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakwa pada Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al Baqarah: 185)

Begitu pula para salaf seringkali melakukan puasa di siang hari setelah di waktu malam mereka diberi taufik oleh Allah untuk melaksanakan shalat tahajud.

Ingatlah bahwa rasa syukur haruslah diwujudkan setiap saat dan bukan hanya sekali saja ketika mendapatkan nikmat. Namun setelah mendapatkan satu nikmat, kita butuh pada bentuk syukur yang selanjutnya. Ada ba’it sya’ir yang cukup bagus: “Jika syukurku pada nikmat Allah adalah suatu nikmat, maka untuk nikmat tersebut diharuskan untuk bersyukur dengan nikmat yang semisalnya”.

Ibnu Rajab Al Hambali menjelaskan, “Setiap nikmat Allah berupa nikmat agama maupun nikmat dunia pada seorang hamba, semua itu patutlah disyukuri. Kemudian taufik untuk bersyukur tersebut juga adalah suatu nikmat yang juga patut disyukuri dengan bentuk syukur yang kedua. Kemudian taufik dari bentuk syukur yang kedua adalah suatu nikmat yang juga patut disyukuri dengan syukur lainnya. Jadi, rasa syukur akan ada terus sehingga seorang hamba merasa tidak mampu untuk mensyukuri setiap nikmat. Ingatlah, syukur yang sebenarnya adalah apabila seseorang mengetahui bahwa dirinya tidak mampu untuk bersyukur (secara sempurna).”[13]

Faedah kelima: Melaksanakan puasa syawal menandakan bahwa ibadahnya kontinu dan bukan musiman saja. [14]

Amalan yang seseorang lakukan di bulan Ramadhan tidaklah berhenti setelah Ramadhan itu berakhir. Amalan tersebut seharusnya berlangsung terus selama seorang hamba masih menarik nafas kehidupan.

Sebagian manusia begitu bergembira dengan berakhirnya bulan Ramadhan karena mereka merasa berat ketika berpuasa dan merasa bosan ketika menjalaninya. Siapa yang memiliki perasaan semacam ini, maka dia terlihat tidak akan bersegera melaksanakan puasa lagi setelah Ramadhan karena kepenatan yang ia alami. Jadi, apabila seseorang segera melaksanakan puasa setelah hari ‘ied, maka itu merupakan tanda bahwa ia begitu semangat untuk melaksanakan puasa, tidak merasa berat dan tidak ada rasa benci.

Ada sebagian orang yang hanya rajin ibadah dan shalat malam di bulan Ramadhan saja, lantas dikatakan kepada mereka,

بئس القوم لا يعرفون لله حقا إلا في شهر رمضان إن الصالح الذي يتعبد و يجتهد السنة كلها

“Sejelek-jelek orang adalah yang hanya rajin ibadah di bulan Ramadhan saja. Sesungguhnya orang yang sholih adalah orang yang rajin ibadah dan rajin shalat malam sepanjang tahun.” Ibadah bukan hanya di bulan Ramadhan, Rajab atau Sya’ban saja.

Asy Syibliy pernah ditanya, “Bulan manakah yang lebih utama, Rajab ataukah Sya’ban?” Beliau pun menjawab, “Jadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Sya’baniyyin.” Maksudnya adalah jadilah hamba Rabbaniy yang rajin ibadah di setiap bulan sepanjang tahun dan bukan hanya di bulan Sya’ban saja. Kami kami juga dapat mengatakan, “Jadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Romadhoniyyin.” Maksudnya, beribadahlah secara kontinu (ajeg) sepanjang tahun dan jangan hanya di bulan Ramadhan saja. Semoga Allah memberi taufik.

‘Alqomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin ‘Aisyah mengenai amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Apakah beliau mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?” ‘Aisyah menjawab,

لاَ. كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً

“Beliau tidak mengkhususkan waktu tertentu untuk beramal. Amalan beliau adalah amalan yang kontinu (ajeg).”[15]

Amalan seorang mukmin barulah berakhir ketika ajal menjemput. Al Hasan Al Bashri mengatakan, “Sesungguhnya Allah Ta’ala tidaklah menjadikan ajal (waktu akhir) untuk amalan seorang mukmin selain kematian.” Lalu Al Hasan membaca firman Allah,

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

“Dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepadamu al yaqin (yakni ajal).” (QS. Al Hijr: 99).[16] Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan mayoritas ulama mengatakan bahwa “al yaqin” adalah kematian. Dinamakan demikian karena kematian itu sesuatu yang diyakini pasti terjadi. Az Zujaaj mengatakan bahwa makna ayat ini adalah sembahlah Allah selamanya. Ahli tafsir lainnya mengatakan, makna ayat tersebut adalah perintah untuk beribadah kepada Allah selamanya, sepanjang hidup.[17]

Sebagai penutup, perhatikanlah perkataan Ibnu Rajab berikut, “Barangsiapa melakukan dan menyelesaikan suatu ketaaatan, maka di antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dimudahkan untuk melakukan amalan ketaatan lainnya. Dan di antara tanda tertolaknya suatu amalan adalah melakukan kemaksiatan setelah melakukan amalan ketaatan. Jika seseorang melakukan ketaatan setelah sebelumnya melakukan kejelekan, maka kebaikan ini akan menghapuskan kejelekan tersebut. Yang sangat bagus adalah mengikutkan ketaatan setelah melakukan ketaatan sebelumnya. Sedangkan yang paling jelek adalah melakukan kejelekan setelah sebelumnya melakukan amalan ketaatan. Ingatlah bahwa satu dosa yang dilakukan setelah bertaubat lebih jelek dari 70 dosa yang dilakukan sebelum bertaubat. … Mintalah pada Allah agar diteguhkan dalam ketaatan hingga kematian menjemput. Dan mintalah perlindungan pada Allah dari hati yang terombang-ambing.”[18]

Semoga Allah senantiasa memberi taufik kepada kita untuk istiqomah dalam ketaatan hingga maut menjemput. Hanya Allah yang memberi taufik. Semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan dan memudahkan kita untuk menyempurnakannya dengan melakukan puasa Syawal.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Diselesaikan di Batu Merah, kota Ambon, 4 Syawal 1430 H

***

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
artikel www.muslim.id

Footnote:

[1] HR. Muslim no. 1164, dari Abu Ayyub Al Anshori
[2] Syarh Muslim, 4/186, Mawqi’ Al Islam, Asy Syamilah.
[3] QS. Al An’am ayat 160.
[4] HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dari Tsauban –bekas budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1007.
[5] Lihat Fathul Qodir, Asy Syaukani, 3/6, Mawqi’ At Tafaasir, Asy Syamilah dan Taisir Al Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, hal. 282, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H.
[6] Lihat Latho-if Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 394, Daar Ibnu Katsir, cetakan kelima, 1420 H [Tahqiq: Yasin Muhammad As Sawaas]
[7] -idem-
[8] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 8/417, Daar Thoyyibah, cetakan kedua, 1420 H [Tafsir Surat Al Lail]
[9] Latho-if Al Ma’arif, hal. 394.
[10] Fatawa Al Lajnah Ad Da-imah Lil Buhuts Ilmiyyah wal Ifta’, pertanyaan ke-3, Fatawa no. 102, 10/139-141
[11] Latho-if Al Ma’arif, hal. 394.
[12] HR. Bukhari no. 4837 dan Muslim no. 2820.
[13] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 394-395.
[14] Pembahasan berikut kami olah dari Latho-if Al Ma’arif, hal. 396-400
[15] HR. Bukhari no. 1987 dan Muslim no. 783
[16] Latho-if Al Ma’arif, hal. 398.
[17] Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 4/79, Mawqi’ At Tafaasir, Asy Syamilah
[18] Latho-if Al Ma’arif, hal. 399.