Sabtu, 6 Mac 2010
Rabu, 3 Mac 2010
Bahang MTQ Zon Pekan yang makin terasa
InsyaAllah dengan izinya tidak lama lagi akan berlangsunglah MTQ Zon Pekan...
Selain murid-murid, guru-guru juga telah bertungkus lumus berusaha untuk memastikan SK Pekan berjaya ke peringkat daerah...ameennn..
Selain murid-murid, guru-guru juga telah bertungkus lumus berusaha untuk memastikan SK Pekan berjaya ke peringkat daerah...ameennn..
Isnin, 1 Mac 2010
Kemeriahan Sambutan Maulidul Rasul 25 Feb 2010
Kepentingan berjamaah

Sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:
عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ
وَهُوَ مِنْ لإِثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَةَ.
Wajib ke atas kalian berjamaah. Berhati-hatilah dari perpecahan
kerana sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian (yakni berpecah)
dan menjauhi orang yang berdua (yakni berjamaah).
Sesiapa yang mengingini tempat di tengah-tengah syurga,
maka hendaklah dia sentiasa berjamaah.
Rebut lima sebelum datang lima perkara..

Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sakit, muda sebelum tua dan kaya sebelum fakir.” (Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Ibnu Abbas). Ahmad meriwayatkannya di dalam bab ‘zuhud’ dan Abu Na’ain meriwayatkannya di dalam bab ‘al-Hulyah’, dan Baihaqi turut meriwayatkannya daripada Amru bin Maimun. Albani menyatakan hadis ini adalah hadis sahih di dalam ‘Sahih al-Jami’ (bil. 1077).
Selasa, 23 Februari 2010
Alu-Aluan Guru Besar..

Assalamualaikum..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya Sk Pekan Tambunan selangkah lagi menuju ke arah masyarakat celik IT yang akan menjana kejayaan dan kecemerlangan warga pendidik dan pelajar-pelajar SK Pekan Tambunan .
Adanya blog Panitia Pendidikan Islam ini menunjukkan komitmen yang tinggi warga pendidik SK Pekan Tambunan dalam memastikan warga sekolah tidak ketinggalan maklumat dan berita terkini khususnya bagi Panitia Pendidikan Islam.
Tahniah saya ucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam, semoga usaha yang dilakukan akan dapat dimanfaatkan bersama warga SK Pekan Tambunan.
Yang mana satu kita....?
Antara guru, pendidik, muallim dan murabbi, yang mana satukah kita???
Seorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala aspek...ilmu dan akhlaq diri, agar anak2 murid dapat menjadikan kita contoh...
anak-anak murid perlu kita jadikan sebagai anak-anak kita juga....ihsanlah terhadap kerja dan anak-anak murid kita...Tarbiah mereka, agar mereka menjadi insan yang berguna untuk agama suatu hari nanti...hidupkan "biah solehah" di kelas2 kita...ini kerana dengan suasana agama yang baiklah akan menjaga mereka daripada terpesong
semoga hidup mereka akan menjadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat...insyaAllah..

Langgan:
Catatan (Atom)